• pergi takkan kembali

    Assalamualaikum wbt,

    Dalam dua tiga minggu nih, saat yang paling sukar dan menyedihkan bagi aku, aku pikir panjang nak tulis aper yang aku telah alami, akhirnya aku buat keputusan tak payah nak tulis secara terperinci, ini sahaja yang dapat aku maklumkan…

    Ahad lepas 17 oktober 2004, bersamaan 2 ramadhan 1425 hijrah, pukul 7 pagi, ibuku telah pulang ke rahmatullah, akibat hyper tension, yang berpunca dari darah tinggi, menyebabkan pendarahan yang banyak dalam otak. Selama 2 minggu lebih dimasukkan ke dalam wad di hospital universiti (admitted 2nd october 2004) dalam keadaan koma. Dikebumikan di tanah tempat lahirnya di Perak (tanah perkuburan Teluk Muroh/Padang Tembak).

    Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan, sahabat handai, sedara-mara yang melawat arwah ibu aku ketika dalam wad, yang posting dalam blog, yang menolong menguruskan jenazah ibu serta pengebumian dan juga yang menghulurkan bantuan ketika kami sekeluarga berada dalam kesulitan dan kesusahan, semoga Allah memberkati niat baik kalian.

    Akhir sekali aku berdoa kepada Allah swt, agar roh ibuku ditempatkan dalam golongan yang baik/beriman, beliaulah ibu yang terbaik didunia, tiada orang lain yang dapat menggantikan beliau… amin ya rabbal alamin. Aku sedekahkan juga Al Fatihah…

    P/s: Kepada rakan blogger sekelian, terima kasih sebab sudi mengingatkan aku untuk update blog nih, nanti kalau ada masa aku akan upload gambar-gambar konvo ke dalam fotopages aku nanti, insya Allah…

    “LIFE GOES ON”

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p