• finally, a decision

    Aku akhirnyer telah meng”decide’ untuk membuat satu keje nih, mungkin pada pandangan orang, keje nih kira tidak berbaloi langsung dengan apa yang kita telah pelajari (apa-apa bidang pon) semasa menuntut di IPT dulu, sebab ianya bermula dengan peringkat yang agak terbawah sekali, tapi aku berasa amat tertarik dengan sistem yang tempat menawarkan keje nih gunakan, dan aku rasa tidak rugi untuk aku mencuba, disamping merasa kepahitan hidup di dunia sebenar…sebab tempoh yang diberikan cuma selama 6-8 bulan, dengan gaji ditawarkan sebanyak rm1200, setiap bulan. Dan tidak semestinyer akan melekat kepada satu keje (peringkat terbawah) saja, peluang untuk naik pangkat itu sememangnyer ada, di mana bergantung kepada usaha kita, jika sentiasa berkerja keras, kenaikan pangkat itu akan datang dalam masa yang singkat. Dengan kata lain, lagi kuat kita bekerja, lagi cepat naik pangkat ler…

    Lagi baik dari duduk kat umah, goyang kaki, tunggu kompeni beso talipon or hanto email, offer position keje tinggi-tinggi, gaji berpuluh-puluh ribu… yang bagaikan menunggu kucing bertanduk (aku sedar, aku pon bukan power sangat, cukup makan jerk). Dan tempoh cumer 8 bulan maksimum, kurang dari setahun…AKU AKAN CUBA…

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p